Thursday, May 29, 2008

Melayu Kian Terpinggir di Bumi Sendiri

Salam,

Kawan2 sila baca tajuk berita Utusan Malaysia hari ni dengan tajuk "Biasiswa JPA pelajar bukan Melayu naik kepada 45 peratus".

KUALA LUMPUR 28 Mei – Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk program ijazah di luar negara kepada pelajar bukan bumiputera dinaikkan kepada 45 peratus daripada 10 peratus mulai tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, secara keseluruhan sebanyak 2,000 biasiswa disediakan oleh JPA iaitu 1,100 untuk bumiputera dan 900 untuk bukan bumiputera.
“Pecahannya ialah 50 peratus untuk bumiputera dan 45 peratus kepada bukan bumiputera berbanding sebelum ini hanya 10 peratus sahaja diberikan kepada bukan bumiputera,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2008 (2007) melibatkan RM60 juta kepada JPA di Dewan Rakyat hari ini.
Nazri berkata, hanya mereka yang benar-benar layak akan menerima biasiswa itu kerana permohonan yang diterima ialah sebanyak 15,220.
Daripada jumlah itu katanya, hanya 7,282 dipanggil temuduga dan hanya mereka yang benar-benar menepati kriteria sahaja dipilih.
“Kriteria pemilihan ialah 70 peratus untuk akademik, 10 peratus kegiatan kokurikulum, 10 peratus latar belakang keluarga dan 10 peratus lagi temuduga,” katanya.
Nazri berkata, tajaan JPA adalah untuk pelajar yang mendapat tempat di universiti bertaraf “Ivy Leaque” dan yang setara dengannya di luar negara, serta bagi pengajian ijazah pertama di universiti kampus cawangan seperti di Universiti Monash, Universiti Nottingham dan Universiti Curtins.
Mulai tahun ini juga katanya, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang memperoleh 9A ke atas akan menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian ke tingkatan enam di sekolah bantuan penuh kerajaan dan kursus matrikulasi serta asasi sains di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).


Di bawah pemerintahan Kerajaan Tiga Beranak berserta kabinet dapur yang saya perdana menteri dan saya masih di sini, keistimewaan orang melayu sudah hampir tinggal nama. Ruang untuk orang melayu dan bumiputra sudah semakin sempit disempitkan oleh orang2 seperti nazri.

Mungkin tahun depan kita boleh lihat pula MARA beri Biasiswa kat ah chong dan selvam? atas nama ketelusan (kebolosan?) dan kesaksamaan. Biasiswa adalah hak2 orang melayu yang termaktub dan terjamin dalam perlembagaan. Kenapa lawyer Nazri dengan tanpa segan silu mengumumkan pangurangan drastik biasiswa orang2 melayu kepada hanya 55% dari 90%.

Apakah ini usaha terdesak (desperate measure?) dalam memenangi dan memujuk hati pengundi2 bukan melayu oleh regim Pak Lah dan sekutu-sekutunya? Kalau ya maka ia sebenarnya sudah terlambat dan x kena tempat. Ketika zaman4 perdana menteri terdahulu orang-orang bukan bumiputra x pernah beralih arah secara besar-besaran kecuali tahun 1969 yang mana menyaksikan berlaku rusuhan kaum 13 mei 1969.

Rejim Pak lah gagal menilai bahawa kebimbangan sebenar masyarakat marhein adalah kekangan ekonomi rakyat bawahan akibat inflasi seperti mana yang disahkan oleh Dr Zeti Akhtar Gabenor Bank Negara semalam(sila rujuk http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=335863). Tambah meluat melihat anak menantu pula mengaut kekayaan negara tanpa segan silu sedangkan rakyat berhempas pulas kais pagi makan pagi mencari sesuap nasi!!!!!

Wednesday, May 28, 2008

Ezam Masuk UMNO?

Ezam rejoins Umno
KUALA LUMPUR: Umno has accepted former PKR Youth leader Ezam Mohd Nor back into the party but has not promised him any position.
Prime Minister and Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi who welcomed Ezam back to the party said:
“What’s special about him is that he left he party to lead another party but he decided to come back, knowing that Umno is still the better party".
Ezam handed over his application form and RM100 in lifetime membership fee at a press conference at Parliament House, after a brief meeting with Abdullah.

jadi kepada semua pejuang-pejuang UMNO era 98-2003..perjuangan anda sudah selesai.

Untuk Orang Lembah Klang

YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad akan mengadakan sesi tandatangan autograf untuk buku "Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders" di Bookfest Malaysia 2008,
Tarikh : 29 Mei 2008 (Khamis)
Tempat : KL Convention Centre (KLCC), Hall 1, Ground Floor, Kuala Lumpur
Waktu : 11.30am - 12.30pm

Program Suntikan Semangat Satria akan dianjurkan di Crystal Crown Hotel, Jalan Utara, Petaling Jaya bermula 900pagi hari Sabtu, 31 Mei 2008.

Semua penyertaan diminta membuat pra-pendaftaran online butir butir seperti nama, no. telefon dan organisasi (Cawangan atau Bahagian UMNO – sekiranya ada) di hidup.melayu@gmail.com untuk menjamin tempat yang dijangkakan terhad.

Untuk Orang Pahang...

Tajuk: Perjumpaan cawangan-cawangan UMNO Negeri Pahang
Tempat: TEMERLOH PAHANG - Dewan Sri Mentakab
Tarikh: 14 Jun 2008 Waktu: 2.00 petang
Tetamu: Tengku Razali Hamzah dan Veteren UMNO


Kami tidak berapa pasti tujuan Tengku Razaleigh mengadakan pertemuan ini, sama ada diadakan untuk meraih sokongan atau membincangkan isu semasa UMNO.

Ada baiknya kawan-kawan di Pahang untuk turut hadir sama, sekurang-kurangnya tahu apa yang cuba disampaikan oleh orang lama dalam UMNO ini.

Samada untuk memilih Kuli atau tidak, itu bukan persoalannya, dengar dulu..

Tun Pulang dari Jepun



Kepulangan Tun Dr. Mahathir Mohamad dari Jepun semalam disambut oleh ribuan ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi yang kebanyakkannya datang dari Kedah, Kelantan, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Walaupun tidak dianjurkan secara rasmi oleh mana-mana pihak, jemputan dan maklumat melalui sms dan bloggers disambut akar umbi dengan kehadiran yang jauh dari jangkaan.

Tidak menghairankan jika sambutan sebegini diberikan kepada mereka yang masih berkuasa memandangkan saat-saat begitu merupakan detik terbaik untuk menghulur envelop berisi permohonan sokongan, kertas cadangan dan bagi mereka yang ada jawatan politik, sebagai tanda kesetiaan kepada pemimpin atau ketua!

Namun bagi mereka yang tidak lagi berkuasa, malah dalam kes Tun Dr Mahathir yang telahpun keluar parti, sambutan sebegini amat besar maknanya.

Kelab Jiwa Luka turut hadir semalam memberi sokongan, walaupun dengan bilangan yang kecil, tetapi di saat seperti ini kami memikirkan bahawa Tun dan manusia-manusia yang hadir ke Subang Airport semalam harus diberi sokongan.

Nota: Gambar oleh Jinggo, MyKMU.

KELAB JIWA LUKA

Nama Kelab Jiwa Luka diambil sempena tajuk Album sebuah kumpulan rock terkemuka tanah air (Bumiputera Rockers) yang diterbikan sekitar akhir tahun 80-an.

Kelab ini dianggotai oleh beberapa bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa yang menuntut di universiti tersebut di sekitar tahun 1999-2005.

Adalah diharapkan dengan kewujudan blog dan kelab ini (secara tidak rasmi) ianya akan menjadi medium bagi kami meluahkan apa yang terbuku di hati tentang apa jua situasi yang melanda negara dan parti politik UMNO yang sangat-sangat kami sayangi.

Mungkin bentuk penulisan di blog ini tidak sehebat blog-blog politik popular tanah air seperti mana yang ditulis oleh Datuk Ruhanie, Datuk A.Kadir Jasin, Saudara Bigdog, Saudara Rocky jauh sekali menandingi tulisan Tun Dr.Mahathir Mohammad menerusi blognya C.H.E Det!

Walaubagaimanapun, atas rasa ingin menyumbang, kami seboleh-bolehnya cuba untuk memperkatakan sesuatu isu dengan memberi pandangan yang adil,kritis serta tepat berdasarkan APA YANG DIKATAKAN OLEH HATI KAMI!

Apa yang menarik, Kelab Jiwa Luka dianggotai oleh ahlinya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profession seperti Jurutera, Peguam, Eksekutif Korporat dan tentunya orang-orang politik.

Kami sangat-sangat mengalu-alukan komen tuan-tuan serta apa jua pandangan samaada yang manis atau pahit untuk ditelan.

Terima Kasih!