Tuesday, July 1, 2008

Nuar berjubo lagi?


Anwar Ibrahim a.k.a Pengkhianat Bangsa sekali
lagi menghadapi tuduhan menyontot!

Kali ini tuduhan dibuat oleh Pegawai Khas beliau sendiri dan kejadian didakwa berlaku beberapa kali di sebuah kediaman mewah di Damansara.

Seperti biasa, Bung Nuar akan menafikan setiap pertuduhan dan mengaitkannya dengan dakwaan konspirasi politik.

Agak menghairankan, walaupun belum ada lagi pertuduhan mahkamah dibuat, Bung Nuar secara tergesa-gesa melarikan diri ke Kedutaan Turki dan mendakwa beliau ditawarkan perlindungan di sana.

Sebaliknya, kenyataan Duta Turki menyebut bahawa Anwar hadir sekadar sebagai tetamu dan enggan pulang atas dakwaan keselamatannya terancam.

Dikalangan rakyat, mereka mula mempercayai dakwaan Bung Nuar bahawa beliau menghadapi ancaman bunuh daripada pihak tertentu. Anwar turut mendakwa tuduhan ini dikenakan bagi menghalang beliau membuat pengumuman untuk bertanding dalam pilihanraya kecil dan mengumumkan perihal 4 ahli parlimen BN yang hendak melompat parti. Sesuatu yang ganjil kerana hanya diucapkan oleh Nuar selepas dakwaan ini timbul.

Dakwaan ancaman bunuh Nuar agak melucukan, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku di Malaysia, lebih-lebih lagi sejak 1998, walau apa pun yang dilakukan Nuar dan penyokongnya, beliau tetap selamat ke sana dan ke mari, malah pernah dibantu untuk berubat sakit pinggang di luar negara.

Ingatkan tuan-tuan tentang lakonan Nuar di papah di mahkamah, tetapi sihat walafait sebaik turun dari kereta polis di penjara?

Ingatkan dakwaan beliau diracun arsenik dan disuntik dengan virus HIV oleh pihak polis?

Bagaimanapula dengan sakit belakang beliau yang hanya mengambil masa seminggu untuk pulih selepas di rawat di german, sedangkan penderitaan yang ditanggung bertahun-tahun?

Anjing kalau tak dapat makan tahi, dihidu pun jadilah!