Wednesday, May 28, 2008

KELAB JIWA LUKA

Nama Kelab Jiwa Luka diambil sempena tajuk Album sebuah kumpulan rock terkemuka tanah air (Bumiputera Rockers) yang diterbikan sekitar akhir tahun 80-an.

Kelab ini dianggotai oleh beberapa bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa yang menuntut di universiti tersebut di sekitar tahun 1999-2005.

Adalah diharapkan dengan kewujudan blog dan kelab ini (secara tidak rasmi) ianya akan menjadi medium bagi kami meluahkan apa yang terbuku di hati tentang apa jua situasi yang melanda negara dan parti politik UMNO yang sangat-sangat kami sayangi.

Mungkin bentuk penulisan di blog ini tidak sehebat blog-blog politik popular tanah air seperti mana yang ditulis oleh Datuk Ruhanie, Datuk A.Kadir Jasin, Saudara Bigdog, Saudara Rocky jauh sekali menandingi tulisan Tun Dr.Mahathir Mohammad menerusi blognya C.H.E Det!

Walaubagaimanapun, atas rasa ingin menyumbang, kami seboleh-bolehnya cuba untuk memperkatakan sesuatu isu dengan memberi pandangan yang adil,kritis serta tepat berdasarkan APA YANG DIKATAKAN OLEH HATI KAMI!

Apa yang menarik, Kelab Jiwa Luka dianggotai oleh ahlinya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profession seperti Jurutera, Peguam, Eksekutif Korporat dan tentunya orang-orang politik.

Kami sangat-sangat mengalu-alukan komen tuan-tuan serta apa jua pandangan samaada yang manis atau pahit untuk ditelan.

Terima Kasih!

No comments: