Wednesday, May 28, 2008

Tun Pulang dari Jepun

Kepulangan Tun Dr. Mahathir Mohamad dari Jepun semalam disambut oleh ribuan ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi yang kebanyakkannya datang dari Kedah, Kelantan, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Walaupun tidak dianjurkan secara rasmi oleh mana-mana pihak, jemputan dan maklumat melalui sms dan bloggers disambut akar umbi dengan kehadiran yang jauh dari jangkaan.

Tidak menghairankan jika sambutan sebegini diberikan kepada mereka yang masih berkuasa memandangkan saat-saat begitu merupakan detik terbaik untuk menghulur envelop berisi permohonan sokongan, kertas cadangan dan bagi mereka yang ada jawatan politik, sebagai tanda kesetiaan kepada pemimpin atau ketua!

Namun bagi mereka yang tidak lagi berkuasa, malah dalam kes Tun Dr Mahathir yang telahpun keluar parti, sambutan sebegini amat besar maknanya.

Kelab Jiwa Luka turut hadir semalam memberi sokongan, walaupun dengan bilangan yang kecil, tetapi di saat seperti ini kami memikirkan bahawa Tun dan manusia-manusia yang hadir ke Subang Airport semalam harus diberi sokongan.

Nota: Gambar oleh Jinggo, MyKMU.

3 comments:

Lintah said...

Terima kasih atas daya inisiatif buat blog ini walaupun aku selalu bercakap bahawa tiada gunanya kita bercakap dalam blog dan mengutuk dalam forum-forum berdarah di kedai mamak dalam keadaan orang tua kutuk itu buat-buat tak faham tentang hasrat rakyat.

Tambahan lagi, apabila ada sokongan 'plastik' dari orang-orang UMNO sendiri yang nak menjaga periuk nasik dan perut sendiri.

Semalam, penuh banner-banner yang menyambut orang tua kutuk itu yang baru pulang dari bercuti(masih sempat bercuti walaupun negara dalam keadaan huru hara-meraikan kemenangan Pulau Batu Puteh agaknya)

Tentu sekali dia terus berasa di awang-awangan dan yakin bahawa kepimpinannya masih relevan dan hanya kurang beberapa kerusi sahaja seperti mana yang biasa dia ulang-ulang dalam ucapannya.

Siapa pemimpin dan ketua yang boleh kita percaya dan boleh kita ikut untuk buat arus perubahan dalam UMNO ? Siapa dia....boleh namakan ?

Orang yang boleh memimpin Gerakan luar biasa bukan setakat bertempik dalam blog.

Tun Mahathir sendiri dah kata orang tua tuh tak faham dengan
mesej akar umbi. Buat lah sesuatu....untuk menjadikan orang tua itu tidak terus menjadi bingai !

KELAB PEMUDA JIWA LUKA said...

UMNO akan hanya tinggal di Muzium Negara dan di beberapa buku teks sejarah sekiranya orang bodoh itu masih berada di tampuk kuasa. Semakin hari semakin banyak cerita bodoh yang timbul menunjukkan kebebalannya yang mutlak.
Kita tahu politik adalah seni serba mungkin, tapi sebagai bangsa melayu, tuan kepada bumi ini kita tidak boleh terus berdiam diri untuk melihat kemusnahan yang dilakukan oleh orang bodoh itu. Dia sungguh bodoh, bodoh kerana tidak faham sistem ekonomi, bodoh kerana membiarkan Kera Jadian untuk memerintah negara, bodoh kerana tidak faham masej akar umbi dan mat bodoh kalau dia merestui kemasukan kembali Ezam ke dalam UMNO. UMNO bukan milik orang bodoh itu. UMNO adalah milik bangsa melayu, tuan tanah ini.
aku masih kekal dengan pendapat aku, bahawa menentang pak lah, KJ dan anwar adalah satu jihad dan mudah-mudahan akan mendapt pahala di sisi Tuhan.