Saturday, June 28, 2008

Nizar Pengkhianat Bangsa

Cadangan Kerajaan Negeri Perak yang dibuat Menteri Besarnya Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin untuk memberi status hak milik tanah kekal selama 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah Kampung Baru di negeri itu merupakan satu cadangan yang sangat mencurigakan.

Mengambil kira 80% daripada kira-kira 60,000 penduduk Kampung Baru merupakan mereka yang berketurunan Cina, persoalan yang timbul mengapa pula hanya hak milik tanah selama 99 tahun (pajakan) diberikan kepada mereka yang mendiami Rancangan Kampung Tersusun (RKT) ?

Daripada lebih kurang 73,000 penduduk yang mendiami RKT, 45% adalah Melayu, selebihnya terdiri daripada masyarakat Cina (38%) dan India (18%).

Menteri Besar Perak itu mendakwa pemberian ini adalah berdasarkan prinsip keadilan. Agak menghairankan perbezaan pegangan selama 900 tahun dijadikan asas kepada ukuran prinsip keadilan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Perak.

Menafsirkan dengan lebih mudah, pemberian tanah ini adalah jelas bermotifkan politik dan perkauman, memandangkan sebahagian besar daripada bakal penerima geran tersebut merupakan penyokong kuat salah sebuah parti yang terdapat dalam Kerajaan Negeri Perak.

Sementara itu, segolongan kaum lain, yang merupakan penyokong kuat parti yang suatu ketika menjadi pemerintah di Negeri Perak menerima hukuman setimpal memandangkan perbezaan tafsiran keadilan yang begitu besar jurangnya di antara kedua-dua pemberian ini.

Ir. Nizar, yang dilantik menjadi Menteri Besar walaupun parti yang didokongnya merupakan parti terlemah dalam pakatan tersebut bagi memenuhi tuntutan perlembagaan Negeri Perak bukanlah seorang Menteri Besar yang punyai kata pemutus atau kuasa sebenar.

Ir. Nizar tidak boleh dipersalahkan kerana menjadi boneka hidup parti DAP, sememangnya beliau dilantik bagi tujuan itu, sementelah lagi parti yang didokongnya lebih rela melihat satu demi satu maruah bangsa dan agamanya dirobek daripada bekerjasama dengan mereka yang pernah fatwakan sebagai kafir.

Namun anak cucu Ir. Nizar juga tidak boleh dipersalahkan, jika suatu hari kelak, manusia bernama Nizar ini akan diberi pengiktirafan sebagai pengkhianat Bangsa Melayu, Agama Islam dan Tanahair.

No comments: