Wednesday, June 25, 2008

Melayu, Islam dan Tanahair

Persidangan Agung UMNO yang dijangka menarik tahun ini akan bermula Julai, dengan cawangan-cawangan UMNO diseluruh negara akan memulakan 'sepak mula' kepada pemilihan parti yang sangat dinanti-nantikan, bukan sahaja kepada ahli UMNO, tetapi parti lawan.

Dengan jangkaan bahawa YAB Presiden bakal meninggalkan tampuk kepimpinan selepas pemilihan, mereka yang punya cita-cita besar pasti akan berhabis-habisan berjuang bagi memastikan diri mereka tersenarai dalam list yang dianggap bakal menjanjikan 'sorga dunia' itu.

Hampir semua bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara khabarnya bakal menyaksikan pertembungan di semua peringkat perjawatan dalam parti. Di Pahang misalnya, bloggers wanangsari.blogspot membayangkan hanya beberapa bahagian seperti Bentong, Pekan, Maran dan Cameron Highlands sahaja tidak menyaksikan sebarang pertandingan berlaku.

Kelab Pemuda Jiwa Luka, dalam berpendapat bahawa pertandingan adalah salah satu tuntutan demokrasi, berharap agar ahli-ahli UMNO pada tahun ini dapat membuat pilihan yang tepat bagi memastikan kepimpinan yang ada bersih dari gejala ''Tuan penasihat 25%".

Pemimpin-pemimpin yang mempunyai sifat "Tuan penasihat 25%" yang telah menjahanamkan parti selama ini.

Selain ''Tuan penasihat" itu sendiri, gejala pemimpin lemah otak seperti "Saddiq Sigaraga" juga perlu dihapuskan.

Ingatlah dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung, UMNO itu Melayu, Melayu itu Islam dan Tanahair....

No comments: