Friday, June 6, 2008

MT Membisu

Setelah negara di hadiahkan dengan kombo 2 dalam 1 kenaikan harga minyak dan tarif elektrik (bulan depan) secara membuta tuli oleh pentadbiran Cemerlang, Gemilang dan Terbilang Pak Lah, semua MT telah bermukim (bukan bermukah) bermula semalam untuk menjenamakan semula UMNO yang di sabotaj pada pilihanraya 8 Mac yang lepas. Program tersebut telah berterusan dari malam semalam sehingga hari ini.

Begitulah susahnya MT UMNO nak mencari jawapan kenapa rakyat menolak ('merajuk') dengan BN dan UMNO pada pilihan raya yang lepas. Selepas berbincang dan di buat rumusan tiada seorang pun ahli MT yang berani memberi ulasan tentang strategi untuk memantapkan parti bimbang kehilangan jawatan masing-masing seperti di laporkan BERNAMA http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=337790.

Begitulah sindrom ketakutan yang amat sangat di kalangan ahli MT sehingga nak komen pasal strategi memujuk pun takut.Kalau kawan-kawan ada maklumat silalah kongsi

1 comment:

Unknown said...

semestinya kerajaan pak lah ini kerajaan keparat...x memikirkan nasib rakyat...suka hati je kasi naik harga...